Posts

Showing posts from November, 2022

MINGGU PERTAMA DI UKM ( AISYAH )

Image
8 OKTOBER 2022 - Perjalanan dari Sungai Petani, Kedah akhirnya tiba di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu universitil pilihan saya untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda . Hari pertama etibaan saya dan keluarga di pintu masuk utama UKM disambut dengan penuh mesra oleh pihak pentadbiran universiti. Setelah tiba di kolej penempatan saya iaitu Kolej Aminuddin Baki, saya dibantu oleh kakak dan abang pemudah cara yang membantu melancarkan sesi pendaftaran pelajar. Setelah selesai mendapatkan bilik dan mengangkat segala barang ke bilik, keluarga saya bergegas pulang ke Sungai Petani. Saya pula sibuk mengemas bilik dan bersiap sedia untuk menjalani Minggu Apresiasi Watan. Pada malamnya, kami mahasiswa dan mahasiswi baru diperkenalkan dengan felo-felo dan majlis eksekutif pelajar.  9 OKTOBER 2022 - Hari kedua Minggu Apresiasi Watan kami sudah mula bersiap sedia untuk ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak ( DECTAR ) seawal jam 6.00 pagi bagi membuat persedian solat sub...

TEMPAT MENARIK DI UKM ( SARAH AYU )

Image
Sudah memasuki minggu keempat saya dan pelajar baharu yang lain berada di UKM. Pastinya banyak tempat tempat menarik yang telah kami kunjungi selama berada di dalam kawasan UKM. Tidak dinafikan juga masih banyak lagi tempat dan kawasan UKM yang belum kami teroka disebabkan oleh kawasan UKM yang sangat luas. Tempat pertama yang saya kunjungi ialah tidak lain tidak bukan asrama kolej Aminuddin Baki blok K5C. Bilik saya berada di aras dua dan dekat dengan tandas dan juga kafe kecil kolej Aminuddin Baki. Saya sangat berpuas hati dengan keadaan bilik yang besar dan juga luas. Meja belajar yang disediakan juga sudah dilengkapi dengan lampu belajar, laci dan rak buku serta papan yang memudahkan saya untuk menampal nota nota penting. Katil juga beada dalam keadaan yang baik dan selesa . Almari yang disediakan cukup besar dan luas yang membolehkan saya menyusu banyak barang dan pakaian saya dengan lebih kemas. Tandas yang disediakan juga dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Kolej Aminud...

MINGGU PERTAMA DI UKM ( SARAH AYU )

Image
8 Oktober 2022 merupakan hari yang bersejarah dalam hidup saya kerana buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki di  Universiti Kebangsaan Malaya (UKM) sebagai seorang mahasiswi baharu bagi sesi 2022/2023. Saya tiba di UKM sekitar jam 4 petang iaitu sedikit lebih lambat berbanding dengan pelajar lain kerana jarak antara rumah saya dengan UKM tidaklah terlalu jauh. Saya masuk ke UKM melalui pintu 2 dimana agak jauh dari kolej kediaman saya iaitu Kolej Aminuddin Baki jika dibandingkan dengan laluan pintu 1. Saya berikan tabik hormat kepada semua petugas dan pelajar tahun 2 yang memudahkan proses pendaftaran menjadi lebih cepat dan lancar. Setibanya saya dikolej kediaman, keluarga serta seorang pelajar yang bertugas pada hari tersebut membantu saya untuk membawa barang-barang saya ke bilik. Disebabkan oleh saya tiba agak lambat di UKM, jadi saya perlu bergegas untuk bersiap dan turun ke bawah di tapak berkumpul untuk program pertama pada jam 4:30 petang. Sebelum aktiviti pertama berla...

PERKENALAN DIRI ( DANISH AQIL )

Image
Assalamualaikum dan  Selamat  Sejahtera, Nama diber i  Danish Aqil Bin Rapizi . Saya berusia 19 tahun dan merupakan pelajar tahun satu di Universiti Keba n gsaan Malaysia (UKM).  S aya dilahirkan di  Petaling Jaya , Selangor. Saya ingin berkongsi serba sedikit  berkenaan dengan  keluarga saya yang terdiri daripada  6  ahli.  Di dalam keluarga, saya merupakan anak yang kedua.   Bapa saya  bernama   Rapizi   bin  Abdullah ,   46 tahun, m erupakan seorang  ketua keluarga yang bertanggungjawab, berdisplin dan tegas. Bapa saya adalah seorang pekerja di  bawah  syarikat GVR  manakala  Ibu  saya bernama  Maslenda Binti Abdul Hamid, 44 tahun ,  merupakan   seorang suri rumah sepenuh masa . Saya  juga  m empunyai seorang kakak bernama Hani Sofea Binti Rapizi , 20 tahun yang bekerja di bawah syarikat AMERICAN EXPRESS dan 2 orang adik saya Danzly Abil Bin Rapizi da...

PERKENALAN DIRI ( SARAH AYU )

Image
Hi semua, selamat berkenalan. Wah, begitu ramai pelajar tahun 1 yang masuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan salah satunya saya. Nama saya Siti Sarah Ayu binti Sopyan. Biasanya orang yang baru mengenali saya mesti akan memanggil saya dengan panggilan Sarah tetapi saya lagi suka jika orang memanggil saya dengan  panggilan Ayu. Kalau awak semua nak tahu saya baru sahaja beranjak 19 tahun tepat pada 13 september yang lepas. Saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 13 September 2003. Di Kuala Lumpur ini lah tempat dimana saya dilahirkan dan dibesarkan sehingga saya sudah beranjak dewasa seperti sekarang. Saya menetap di Taman Bukit Angkasa Jalan Pantai Dalam 59200 Kuala Lumpur dan tidak pernah pindah dari dulu sampai sekarang. Jadi tidak hairan lah kalau saya sudah cukup tahu semua jalan dan kedai kedai yang berada di Pantai Dalam. Mari saya ceritakan serba sedikit tentang keluarga harmoni saya. Saya merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Kesemua adi...

PERKENALAN DIRI ( AININA )

Image
Nama diberi Ainina Shafika Binti Izwan Shah bolej panggil saya Nina. Saya berusia 19 tahun dan merupakan pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Serba sedikit mengenai diri saya,  Saya dilahirkan di Putrajaya tetapi saya dibesarkan dan menetap di Shah Alam Selangor. Bapa saya Izwan Shah binti Mohd Ibrahim berumur 53 tahun manakala ibu saya Zainun Binti Rahmad berusia 51 tahun. Saya merupakan anak ketiga daripada  4 orang adik beradik. Saya memulakan zaman persekolahan saya di SK Bukit Rimau, bersekolah menengah di SMK Kota Kemuning, kemudiannya melanjutkan pelajaran saya di Kolej Matrikulasi Selangor dalam jurusan Perakaunan dan alhamdullillah kini di UKM melanjutkan pelajaraan dalam program jurusan Keusahawanan dan Inovasi dengan kepujian. Tujuan saya  menyambung pelajaran saya dalam program ini kerana saya sangat meminati bidang keusahawan dari sejak di bangku sekolah lagi. Lagi satu, minat saya mengembang dengan leih mendalam apabila saya tengok para usah...

PERKENALAN DIRI ( AISYAH )

Image
Assalamualaikum dan hai, saya Siti Nur Aisyah Binti Ishak atau lebih dikenali sebagai Aisyah. Saya berumur 19 tahun dan merupakan pelajar tahun 1 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian di universiti impian saya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya telah ditempatkan di Kolej Aminuddin Baki iaitu kolej yang sangat aman dan harmoni. Saya dilahirkan pada 29 Januari 2003 di Hospital Umum Kuching Sarawak namun saya telah dibesarkan di Sungai Petani, Kedah sejak berumur 5 tahun. Sarawak merupakan kampung datuk dan nenek saya. Ingin saya kongsikan serba sedikit tentang latar belakang keluarga saya, bapa saya iaitu Ishak bin Samsudin merupakan seorang pesara tentera dan ibu saya Zamilah Binti Entol merupakan seorang peniaga. Saya merupakan anak keempat dari 6 orang adik beradik. Selain itu, saya telah mendapat pendidikan awal di SK Tunku Ismail dan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di SMK Che Tom. Kemudian, s...