TEMPAT MENARIK DI UKM ( SARAH AYU )

Sudah memasuki minggu keempat saya dan pelajar baharu yang lain berada di UKM. Pastinya banyak tempat tempat menarik yang telah kami kunjungi selama berada di dalam kawasan UKM. Tidak dinafikan juga masih banyak lagi tempat dan kawasan UKM yang belum kami teroka disebabkan oleh kawasan UKM yang sangat luas. Tempat pertama yang saya kunjungi ialah tidak lain tidak bukan asrama kolej Aminuddin Baki blok K5C. Bilik saya berada di aras dua dan dekat dengan tandas dan juga kafe kecil kolej Aminuddin Baki. Saya sangat berpuas hati dengan keadaan bilik yang besar dan juga luas. Meja belajar yang disediakan juga sudah dilengkapi dengan lampu belajar, laci dan rak buku serta papan yang memudahkan saya untuk menampal nota nota penting. Katil juga beada dalam keadaan yang baik dan selesa . Almari yang disediakan cukup besar dan luas yang membolehkan saya menyusu banyak barang dan pakaian saya dengan lebih kemas. Tandas yang disediakan juga dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Kolej Aminuddin Baki berhadapan dengan Fakulti saya iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Oleh itu, masa yang diambil untuk pergi ke kelas tidaklah terlalu panjang dan saya tidak perlu menaiki bas awam yang telah disediakan. Kemudahan lain yang disediakan termasuklah mesin dobi yang memudahkan semua pelajar di Kolej Aminuddin Baki untuk membasuh baju sekaligus mengeringkan kerana saya difahamkan tidak semua kolej kediaman menyediakan kemudahan ini. 


Seterusnya, saya sangat teruja apabila berpeluang untuk masuk mengunjungi Dewan Canselor atau lebih dikenali sebagai dectar. Semasa minggu Majlis Apresiasi Watan (MAW), kami pelajar baru telah memasuki dectar sebanyak 4 kali untuk menyertai aktiviti yang dijalankan disana. Tidak dapat dinafikan lagi, semasa berada di dectar semangat saya untuk belajar meningkat dengan begitu cepat kerana ditempat inilah banyak graduan graduan yang telah berjaya menamatkan pelajaran mereka dengan keputusan yang cemerlang . Pakaian akademik atau jubah untuk majlis konvokesyen juga turut dipamerkan di dalam kawasan dectar yang mempunyai pelbagai warna mengikut fakulti . Apabila saya melihat jubah tersebut , terpahat dijiwa saya untuk terus semangat menimba ilmu supaya ibu bapa saya bangga dan menangis terharu melihat saya memakai jubah tersebut . Suasana dectar yang sangat damai, sejuk, selesa dan tambahan pula dectar merupakan dewan keramat bagi semua pelajar UKM menguatkan lagi rasa ingin belajar bersungguh-sungguh dalam diri saya untuk tempoh 3 tahun saya berada disini. Kemudahan didectar seperti tandas juga berada dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh gunakan . Bukan itu sahaja, kemudahan seperti skrin pentas didewan sangat besar dan kualiti bagi gambar mahupun video yang ditayangkan juga jelas sehingga pelajar disetiap sudut dewan dapat menikmati tayangan tersebut dengan baik. 



Bukan itu sahaja, tempat ketiga yang saya teruja untuk kunjungi ialah bangunan fakulti saya sendiri iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Pertama kali saya menjejakkan kaki di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan adalah semasa minggu MAW dimana kami pelajar baru menyertai program yang bertujuan untuk mendedahkan kepada kami tentang fakulti dan jurusan yang bakal kami belajar nanti. Bangunan fakulti ini mempunyai 4 aras dan banyak dewan serta bilik seminar yang selesa untuk sesi pembelajaran. Kerusi dan meja yang disediakan juga berada dalam keadaan baik. Terdapat juga gerai makanan seperti gerai Budi yang menjual beberapa jenis makanan dan air untuk para pelajar di fakulti ini. Tandas yang disediakan disetiap aras juga bersih dan berfungsi dengan baik. Dewan kuliah di FEP yang sejuk membuatkan mata kami semua semangat untuk fokus dalam kelas. Jika kelas berada dalam keadaan yang panas, saya yakin semua pelajar susah untuk memberi tumpuan kepada pensyarah kerana sibuk dengan kipas mereka masing-masing. Pensyarah di fakulti ekonomi dan pengurusan ini sangat baik dan ramah orangnya. Mereka tidak hanya belajar semata -mata tetapi juga menyelitkan kata-kata semangat kepada kami. Tidak dilupakan juga, dua surau turut disediakan di fakulti ini untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Walaupun tidak terlalu besar, tetapi surau di FEP sangat selesa untuk para pelajar menunaikan ibadah mereka. Banyak meja dan kerusi yang disediakan di sekitar kawasan dewan kuliah untuk para pelajar yang sedang menunggu kelas seterusnya. Para pelajar boleh menyiapkan kerja mereka terlebih dahulu kerana terdapat kemudahan seperti plug untuk mengecas laptop, ipad mahupun telefon pintar mereka serta kemudahan wifi yang laju juga mudah dicapai.




Comments

Popular posts from this blog

MINGGU PERTAMA DI UKM ( SARAH AYU )

MINGGU PERTAMA DI UKM ( AISYAH )

MINGGU PERTAMA DI UKM ( DANISH AQIL )