MINGGU PERTAMA DI UKM ( AISYAH )
8 OKTOBER 2022 - Perjalanan dari Sungai Petani, Kedah akhirnya tiba di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu universitil pilihan saya untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda . Hari pertama etibaan saya dan keluarga di pintu masuk utama UKM disambut dengan penuh mesra oleh pihak pentadbiran universiti. Setelah tiba di kolej penempatan saya iaitu Kolej Aminuddin Baki, saya dibantu oleh kakak dan abang pemudah cara yang membantu melancarkan sesi pendaftaran pelajar. Setelah selesai mendapatkan bilik dan mengangkat segala barang ke bilik, keluarga saya bergegas pulang ke Sungai Petani. Saya pula sibuk mengemas bilik dan bersiap sedia untuk menjalani Minggu Apresiasi Watan. Pada malamnya, kami mahasiswa dan mahasiswi baru diperkenalkan dengan felo-felo dan majlis eksekutif pelajar.
9 OKTOBER 2022 - Hari kedua Minggu Apresiasi Watan kami sudah mula bersiap sedia untuk ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak ( DECTAR ) seawal jam 6.00 pagi bagi membuat persedian solat subuh berjemaah dan makan pagi. Setelah itu kami beramai ramai berjalan kaki ke dectar bagi program suai kenal bersama pihak pentadbiran dan pelbagai taklimat dari HEP, pihak PKU dan jugak pihak PTPTN. Seharian kami berada di dectar mendengar taklimat yang berguna dan bermanfaat sehingga malam.
10 OKTOBER 2022 - Hari ketiga bagi MAW kami berpecah mengikut fakulti untuk sesi pengenalan program dan pihak pentadbiran fakulti. Saya sangat terpesona melihat bangunan- bangunan di sekitar ukm kerana bangunan ini sangat unik kerana berlatarkan batu bata yang sangat kelihatan indah dan klasik. Saya berasa sangat bersyukur kerana fakulti ekonomi dan pengurusan hanyalah berdepan dengan Kolej Aminuddin Baki dan ini menyebabkan saya tidak perlu bersusah payah untuk mengejar bas untuk pergi ke kelas kerana hanya perlu berjalan kaki. Pada sebalah malamnya kami ke masjid UKM kerana terdapat ceramah sempena maulidur rasul . Saya sangat mengagumi keindahan seni bina masjid UKM yang sangat besar dan cantik.
11 OKTOBER 2022- Hari keempat minggu orientasi berlangsung, pada awal pagi lagi kami sudah bergegas ke Dewan Gemilang dengan berjalan kaki. Sangat jauh perjalanan namun luas pemandangan kerana kami dapat mengetahui lokasi kolej-kolej lain sepanjang perjalanan itu. Pada pagi tersebut kami menyertai aktiviti senamrobik perdana sehingga sekitar jam 10 pagi. Setelah selesai program senamrobik tersebut kami bergerak pulang ke kolej masing-masing bagi aktiviti domain di kolej. Saya memilih domain kepimpinan dan nilai murni. Kami melakukan banyak aktiviti berkumpulan yang sangat mencabar minda dan menyeronokkan . Dari situ jugak saya dapat mengenal rakan baharu . Pada sesi malam pula kami bergerak ke stadium UKM untuk program UKM Sihat. Pada malam itu kami dapat menyaksikan pasukan perbarisaan daripada semua kolej. Selain itu malam tersebut kami dapat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan pelajar baharu ukm dan pihak pentadbiran. Suasana pada malam itu sangat menyeronokkan. Program malam itu ditutup dengan upacara tembakan bunga api yang sangat gah dan gemilang di kawasan stadium.
12 OKTOBER 2022- Hari terakhir MAW merupakan hari yang sangat bermakna dan dipenuhi dengan banyak memori tercipta. Pada awal pagi lagi kami lengkap berpakaian sopan dan formal untuk Majlis Bacaan Ikrar Mahasiswa. Pada majlis itu kami ditiupkan dengan perasaan bangga, teruja dan bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran di UKM. Ketika bacaan ikrar berlangsung, perasaan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa itu berkobar-kobar. Pada sebelah malamnya merupakan majlis yang ditunggu-tunggu iaitu Malam Disini Lahirnya Sebuah Cinta. Malam itu merupakan program yang sangat dinantikan dan semestinya sangat menggembirakan. Malam itu dipenuhi dengan nyanyian, tarian dan juga lakonan daripada mahasiswa dan mahasiswi baru yang sangat berbakat dan hebat. Kami dihiburkan dengan pelbagai persembahan daripada pelajar dan tidak dilupakan juga persembahan yang sangat hebat dari pihak pentadbiran UKM. Setelah majlis itu berakhir, tiba masanya untuk program Perang DECTAR yang merupakan tradisi turun temurun bagi warga UKM. Perang dectar akan dilaksanakan setiap tahun pada hari terakhir minggu orientasi. Ini merupakan satu keunikan bagi UKM.Perang dectar merupakan satu perlawanan cheers bagi setiap kolej di ukm. Perang dectar ini hanyalah satu aktiviti suka ria dan tidak mempunyai pemenang kerana ia hanyalah sebuah aktiviti yang yang dapat menaikkan semangat sepasukan. Perang dectar merupakan satu memori yang takkan saya lupakan sepanjang berada di UKM.
Comments
Post a Comment