PERKENALAN DIRI ( DANISH AQIL )

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Nama diberi Danish Aqil Bin Rapizi. Saya berusia 19 tahun dan merupakan pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor. Saya ingin berkongsi serba sedikit berkenaan dengan keluarga saya yang terdiri daripada ahli. Di dalam keluarga, saya merupakan anak yang kedua. Bapa saya bernama Rapizi bin Abdullah, 46 tahun, merupakan seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab, berdisplin dan tegas. Bapa saya adalah seorang pekerja di bawah syarikat GVR manakala Ibu saya bernama Maslenda Binti Abdul Hamid, 44 tahunmerupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Saya juga mempunyai seorang kakak bernama Hani Sofea Binti Rapizi, 20 tahun yang bekerja di bawah syarikat AMERICAN EXPRESS dan 2 orang adik saya Danzly Abil Bin Rapizi dan Leera Sophia yang masih bersekolah, masing-masing berumur 13 tahun dan 6 tahun. Bermulanya perjalanan hidup zaman persekolahan saya adalah di SK (1) Sultan Alam Shah sehingga darjah 5 dan sayaberpindah ke SK Taman Seri Rembau sehingga menamatkan pengajian rendah. Kemudian saya memulakan pengajian tingkatan saya di SMK Undang Rembau. Saya menduduki PentaksiranTingkatan 3 di SMK Bandar Rinching dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia di SMK SaujanaImpian. Selepas menerima keputusan SPM saya melanjutkan pengajian di Kolej MARA Kuala NerangKedah selama setahun dalam jurusan Perakaunan. Dengan keputusan saya yang cemerlang di dalam matrikulasiakhirnya impian saya untuk menyambung pelajaran saya di Universiti Kebangsaan Malaysia telah tercapai. Di universiti saya telah mengambil Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan  dengan kepujian. Pada tahun kedua saya ingin beralihkepada jurusan perakaunan jika keputusan tahun 1 saya dapat memenuhi syarat permohonanOleh itu, saya perlu berusaha dengan lebih keras bagi mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang Akauntan Bertauliah. Saya berharap dengan ilmu-ilmu yang saya perolehi dapat memberikan hasil yang memberangsangkan serta saya ingin mengubah masyarakat-masyarakatdi sekeliling saya.




Comments

Popular posts from this blog

MINGGU PERTAMA DI UKM ( SARAH AYU )

MINGGU PERTAMA DI UKM ( AISYAH )

MINGGU PERTAMA DI UKM ( DANISH AQIL )