PERKENALAN DIRI ( AININA )
Nama diberi Ainina Shafika Binti Izwan Shah bolej panggil saya Nina. Saya berusia 19 tahun dan merupakan pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Serba sedikit mengenai diri saya, Saya dilahirkan di Putrajaya tetapi saya dibesarkan dan menetap di Shah Alam Selangor. Bapa saya Izwan Shah binti Mohd Ibrahim berumur 53 tahun manakala ibu saya Zainun Binti Rahmad berusia 51 tahun. Saya merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik beradik. Saya memulakan zaman persekolahan saya di SK Bukit Rimau, bersekolah menengah di SMK Kota Kemuning, kemudiannya melanjutkan pelajaran saya di Kolej Matrikulasi Selangor dalam jurusan Perakaunan dan alhamdullillah kini di UKM melanjutkan pelajaraan dalam program jurusan Keusahawanan dan Inovasi dengan kepujian.
Tujuan saya menyambung pelajaran saya dalam program ini kerana saya sangat meminati bidang keusahawan dari sejak di bangku sekolah lagi. Lagi satu, minat saya mengembang dengan leih mendalam apabila saya tengok para usahawan yang terkemuka di Malaysia ini berjaya membawa keuntungan barang jualannya sehingga mencecah berjuta juta. Saya lahir di dalam keluarga b40 sebab itu kewangan yang stabil adalah matlamat jangka panjang saya kepada keluarga dan diri saya sendiri. InsyaAllah satu hari nanti saya akan membuat perniagaan saya sendiri dan membangunkan perniagaan saya seperti anak saya sendiri. Buat masa sekarang dalam pengajian saya, saya ingin mencapai keputusan yang terbaik setiap sem dan mencari diri saya yang sebenar di UKM.
Seperti meminati keusahawanan saya juga sangat meminati muzikal dan nyanyian tetapi saya memilih untuk menjadikan minat saya sebagai sebuah hobi sahaja kerana atas kos untuk mengembangkan ilmu muzikal agak tinggi untuk saya yang warga marhaen ini. Walaupun begitu, saya tetap mencari jalan untuk saya meluangkan masa mengenali muzik dan nyanyian. Saya menyertai kursus Koir dalam pengajian citra di UKM. Dari kursus itu saya masih dapat mengembangkan minat saya dengan mempelajari perkara asas nyanyian. Persembahan koir pertama saya adalah pada majlis sambutan hari academia IPTA 31 oktober 2022. Selain itu saya juga pernah menyertai pasukan gendang cina 24 musim semasa di sekolah menengah yang serba sedikit mengajar saya tentang alat muzik. Kami giat mengadakan persembahan di majlis majlis sekolah dan luar sekolah.
Comments
Post a Comment