PERKENALAN DIRI ( SARAH AYU )

Hi semua, selamat berkenalan. Wah, begitu ramai pelajar tahun 1 yang masuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan salah satunya saya. Nama saya Siti Sarah Ayu binti Sopyan. Biasanya orang yang baru mengenali saya mesti akan memanggil saya dengan panggilan Sarah tetapi saya lagi suka jika orang memanggil saya dengan  panggilan Ayu. Kalau awak semua nak tahu saya baru sahaja beranjak 19 tahun tepat pada 13 september yang lepas. Saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 13 September 2003. Di Kuala Lumpur ini lah tempat dimana saya dilahirkan dan dibesarkan sehingga saya sudah beranjak dewasa seperti sekarang. Saya menetap di Taman Bukit Angkasa Jalan Pantai Dalam 59200 Kuala Lumpur dan tidak pernah pindah dari dulu sampai sekarang. Jadi tidak hairan lah kalau saya sudah cukup tahu semua jalan dan kedai kedai yang berada di Pantai Dalam. Mari saya ceritakan serba sedikit tentang keluarga harmoni saya. Saya merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Kesemua adik beradik saya ialah perempuan dimana saya mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan . Pahlawan yang paling saya kagumi iaitu bapa saya bernama Sopyan bin Yusup. Manakala bidadari syurga saya iaitu ibu saya pula bernama Hadijah Binti Rusli. Hasil keringat ibu bapa saya yang bekerja sebagai peniaga kecil telah berjaya menyara dan membesarkan kami adik beradik dengan serba cukup dan sempurna . 

 

 

Sekarang mari saya ceritakan sedikit latar belakang pendidikan saya. Saya telah mendapatkan pendidikan awal di Tadika Perpaduan pada tahun 2009 semasa saya berumur 6 tahun. Selepas itu, ibu bapa saya mendaftar saya di Sekolah Rendah Kebangsaan St Teresa (2) dimana merupakan sekolah rendah yang sama dengan kakak saya pada tahun 2010. Semasa saya disekolah rendah, saya diberi kepercayaan untuk menjadi pengawas sekolah dan menjadi pembaca doa bagi setiap perhimpunan rasmi. Permainan catur merupakan permainan kokurikulum saya pada waktu itu dan saya mula bergiat aktif dalam pertandingan catur peringkat zon daerah dan negeri. Alhamdulillah, keputusan UPSR cukup memuaskan walaupun tidak mencapai target diri sendiri tetapi saya tetap bersyukur. Seterusnya, saya memilih untuk bersekolah di SMK Perempuan Methodist yang terletak disebelah Masjid Negara. Saya banyak menyertai aktiviti seperti pertandingan kawad kaki, catur, menyertai kursus kenaikan pangkat koperal untuk Kadet Remaja Sekolah , menjadi pengerusi permainan dan memegang jawatan pegawas ICT. Walaupun saya banyak menyertai pertandingan yang mengharuskan saya untuk keluar dari kelas, tetapi bersyukur ke hadrat ilahi saya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).






 

Untuk sampai ke tahap tersebut bukanlah satu proses yang mudah, melainkan usaha dan semangat yang menjadi pendamping saya untuk mengharungi fasa tersebut. Semasa mendapat keputusan UPU, saya bertekad untuk melanjutkan pelajaran saya di Kolej Matrikulasi Kelantan selama 1 tahun dalam jurusan Perakaunan. Disitulah bermulanya titik dimana saya perlu mengasah diri untuk menjadi lebih berdikari dan berdisiplin. Saya perlu hidup berjauhan dengan keluarga saya dan saya perlu menempuh sekitar 8 jam perjalanan untuk pulang dari Kelantan ke tempat lahir saya di Kuala Lumpur. Walaupun hanya belajar selama 1 tahun, banyak selok belok kehidupan saya yang mengajarkan saya untuk terus mencari alasan untuk bangkit semula. Tempoh yang cukup pendek menyebabkan saya belajar lebih masa sehingga jam tidur saya terganggu. Saya bersyukur dipertemukan dengan kawan kawan yanh rajin dan saling bantu membantu dalam setiap subjek. Alhamdulillah usaha saya dan kawan kawan yang sanggup tidak tidur, saya telah mendapat 4.00 bagi kedua-dua semester. Saya amat bersyukur kerana keputusan saya melepasi target saya kerana saya tidak mahu perjalanan jauh saya hanya sia-sia dan membuatkan keluarga saya kecewa. Dan sekarang lihatlah saya, saya telah berjaya melanjutkan pelajaran saya di menara gading yang saya impikan. Kini saya merupakan pelajar tahun 1 jurusan  Pentadbiran Perniagaan dalam Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan di UKM.





 



Comments

Popular posts from this blog

MINGGU PERTAMA DI UKM ( SARAH AYU )

MINGGU PERTAMA DI UKM ( AISYAH )

MINGGU PERTAMA DI UKM ( DANISH AQIL )