PERKENALAN DIRI ( AISYAH )
Assalamualaikum dan hai, saya Siti Nur Aisyah Binti Ishak atau lebih dikenali sebagai Aisyah. Saya berumur 19 tahun dan merupakan pelajar tahun 1 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian di universiti impian saya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya telah ditempatkan di Kolej Aminuddin Baki iaitu kolej yang sangat aman dan harmoni. Saya dilahirkan pada 29 Januari 2003 di Hospital Umum Kuching Sarawak namun saya telah dibesarkan di Sungai Petani, Kedah sejak berumur 5 tahun. Sarawak merupakan kampung datuk dan nenek saya. Ingin saya kongsikan serba sedikit tentang latar belakang keluarga saya, bapa saya iaitu Ishak bin Samsudin merupakan seorang pesara tentera dan ibu saya Zamilah Binti Entol merupakan seorang peniaga. Saya merupakan anak keempat dari 6 orang adik beradik.
Selain itu, saya telah mendapat pendidikan awal di SK Tunku Ismail dan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di SMK Che Tom. Kemudian, saya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi di Kolej Mara Kuala Nerang dalam bidang perakaunan selama satu tahun.
saya berharap semoga usaha saya akan membuahkan hasil iaitu dengan mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap semester dan akhirnya berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor. Semoga usaha saya sepanjang di UKM dapat menjadikan saya seorang insan yang berguna dan bertanggunggjawab serta dapat berbakti kepada bangsa dan negara.
Comments
Post a Comment