Posts

Showing posts from January, 2023

TEMPAT MENARIK DI UKM ( AININA )

Image
Cerita pula tempat - tempat di UKM yang saya dapat tunjukkan disini. Pertama sekali Hot Meal Bar yang terletak di PUSANIKA. Tempat ni sangat popular dengan mee tariknya yang berkuahkan sup daging yang fresh. Selain itu, dumplings dia juga sangat seedap yaaa. Saya suka sangat dumplings kat sini murah pun murahh. Tempat seterusnya Cafe Monti di Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan. Saya selalu juga pergi ke sini untuk kopi sebab saya juga coffee lover hehe. Harga dia agak mahal tapi janji kualiti sedapp saya sukaa.  Seterusnya saya ke cansellory untuk pertunjukkan model architect dari pelajar architecture tahun 2 dan 3. Hasil yang sangat cantik dan luar biasa dari pelajar disini dan saya harap ada banyak lagi pertunjukkan dari architect disini sebab saya suka tengok model pembinaan mereka. Tempat terakhir adalah tempat yang selalu sangat kunjungi selain dari kolej dan fakulti iaitu Perpustakaan Tun Sri Lanang PTSL. Suasana di PTSL ni sangat aman dan kemudahan yang serba lengkap seperti k...

MINGGU PERTAMA DI UKM ( AININA )

Image
Cerita pula mengenai pengalaman saya di UKM. Bagi saya, UKM adalah satu titik permulaan baru saya di tempat yang sangat luar biasa. Fasiliti yang lengkap, peraturan yang fleksible, kemudahan bas sepanjang 30 minit dan banyak lagi kebaikan di UKM ni. Selepas selesai pendaftaran online kami boleh memasuki kampus pada 8/10/2022 untuk menjalani Minggu Aspirasi Watan MAW iaitu merupakan minggu orentasi bagi pelajar baru selama 4 hari. Tempat pertama yang saya kunjungi adalah kolej saya iaitu Kolej Tun Hussein Onn. Kolej ini merupakan kolej pertama dalam UKM orang kata kolej pertama dalam semua. Impresi saya terhadap kolej saya adalah serba lengkap. Semua kemudahan di kolej saya adalah sangat memenuhi keperluan saya untuk tinggal disini. Pada hari pertama saya di UKM kami semua diminta untuk berkumpul di dewan cafe selepas mengemas barang-barang di bilik. Aktiviti pertama yang kami jalani ialah pembentukan kumpulan antara semua pelajar baru. Dalam kata lain aktiviti ni boleh kata macam ice b...

TEMPAT MENARIK DI UKM ( DANISH AQIL )

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Tempat menarik di UKM yang pernah saya lawati ialah  - PUSANIKA Terdapat pelbagai kemudahan di sana sebagai contoh kedai print, gerai-gerai makanan , semua acara-acara yang dijalankan serta booth-booth jualan makanan dibuka di sana. Kebiasaannya, program-program yang dilaksanakan dilakukan di PUSANIKA sebagai saya pernah menyertai Program yang dianjurkan oleh Tarbiah Sentap dan Pembina UKM. Kami mengadakan perjumpaan dan membuat latihan di sana. Terdapat juga pusat kaunseling untuk para pelajar mendapatkan khidmat sama ada motivasi mahupun saranan tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Bilik MPP juga disediakan untuk para-para wakil pelajar yang berkaliber untuk membuat perbincangan bagi meyelesaikan pelbagai masalah yang terdapat di UKM. PUSANIKA adalah jalan singkat yang selalu saya gunakan untuk pergi ke fakulti saya iaitu Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan.  

MINGGU PERTAMA DI UKM ( DANISH AQIL )

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengalaman yang telah saya hadapi dan rasai sepanjang keberadaan saya di UKM. Pada 8 Oktober 2022 adalah pertama kali saya menjejakkan kaki dengan penuh bangga ke dalam sebuah universiti yang ternama di Malaysia iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya dan keluarga menaiki bas yang disediakan untuk pelajar-pelajar yang baru mendaftar untuk dihantar ke kolej kediaman masing-masing. Saya ditempatkan di kolej yang dikenali sebagai Kolej Rahim Kajai dan di sana juga tempat untuk saya mendaftar sebagai pelajar mahasiswa baru UKM. Setelah selesai mengisi borang pendaftaran saya dan keluarga pergi ke bilik penginapan yang akan saya duduki selama 1 tahun pengajian. Kami sekeluarga menghias dan mengemas bilik tersebut bersama-sama dan akhirnya ahli-ahli keluarga saya yang lain pulang ke rumah. Pada saat ini, bermulalah kehidupan baru yang perlu saya tempuhi sepanjang tempoh pengajian saya di UKM.  Pada mi...

TEMPAT MENARIK DI UKM ( AISYAH )

Image
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan universiti impian saya sejak kecil lagi. Selepas sahaja menjejakkan kaki di UKM, saya berasa sangat teruja dengan keindahan alam dan keunikan bangunan di sekitar ukm ini. Terdapat banyak tempat menarik di ukm yang dapat dijelajahi. Meskipun kawasan ukm ini sangat besar tetapi ia sangat puas untuk dijelajahi. Antara tempat menarik yang saya pergi ialah : Medan Selera Kolej Pendeta Za'aba .  Kolej Pendeta Zaaba dikenali dengan antara kolej yang terbesar di UKM. Oleh itu, medan seleranya juga besar dan mempunyai pelbagai pilihan juadah. Antara pilihan makanan yang tersedia disitu ialah nasi lauk bercampur, nasi arab, sizzling hot plate, nasi ayam kunyit dan aneka air yang sangat menyelerakan. Gerai makanan di sana sering dipenuhi dengan pelajar yang dari rata-rata kolej. Ruang makan disitu juga sangat selesa kerana jumlah meja dan kerusi yang agak banyak.  Tasik Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina  Tasik ini merupakan satu-satunya tasi...