TEMPAT MENARIK DI UKM ( AININA )
Cerita pula tempat - tempat di UKM yang saya dapat tunjukkan disini. Pertama sekali Hot Meal Bar yang terletak di PUSANIKA. Tempat ni sangat popular dengan mee tariknya yang berkuahkan sup daging yang fresh. Selain itu, dumplings dia juga sangat seedap yaaa. Saya suka sangat dumplings kat sini murah pun murahh.
Tempat seterusnya Cafe Monti di Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan. Saya selalu juga pergi ke sini untuk kopi sebab saya juga coffee lover hehe. Harga dia agak mahal tapi janji kualiti sedapp saya sukaa.
Seterusnya saya ke cansellory untuk pertunjukkan model architect dari pelajar architecture tahun 2 dan 3. Hasil yang sangat cantik dan luar biasa dari pelajar disini dan saya harap ada banyak lagi pertunjukkan dari architect disini sebab saya suka tengok model pembinaan mereka.
Tempat terakhir adalah tempat yang selalu sangat kunjungi selain dari kolej dan fakulti iaitu Perpustakaan Tun Sri Lanang PTSL. Suasana di PTSL ni sangat aman dan kemudahan yang serba lengkap seperti kemudahan pc dan air refill disediakan disini.
Comments
Post a Comment