TEMPAT MENARIK DI UKM ( AISYAH )

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan universiti impian saya sejak kecil lagi. Selepas sahaja menjejakkan kaki di UKM, saya berasa sangat teruja dengan keindahan alam dan keunikan bangunan di sekitar ukm ini. Terdapat banyak tempat menarik di ukm yang dapat dijelajahi. Meskipun kawasan ukm ini sangat besar tetapi ia sangat puas untuk dijelajahi. Antara tempat menarik yang saya pergi ialah :

  • Medan Selera Kolej Pendeta Za'aba . 
Kolej Pendeta Zaaba dikenali dengan antara kolej yang terbesar di UKM. Oleh itu, medan seleranya juga besar dan mempunyai pelbagai pilihan juadah. Antara pilihan makanan yang tersedia disitu ialah nasi lauk bercampur, nasi arab, sizzling hot plate, nasi ayam kunyit dan aneka air yang sangat menyelerakan. Gerai makanan di sana sering dipenuhi dengan pelajar yang dari rata-rata kolej. Ruang makan disitu juga sangat selesa kerana jumlah meja dan kerusi yang agak banyak. 
  • Tasik Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 
Tasik ini merupakan satu-satunya tasik yang terdapat di dalam ukm. Tasik ini agak terlindung dan ditutupi dengan bangunan-bangunan fakulti. Keindahan alam di sekitar tasik ini sangat menenangkan. Angin pagi atau petang sangat segar dan boleh menenangkan fikiran. Kebiasaannya pada waktu pagi dan petang, rata -rata pelajar ukm akan berjoging di kawasan ini dan berehat sambil melihat keindahan alam. Tempat ini juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk berkelah.




  • Perpustakaan Tun Seri Lanang ( PTSL ) 
PTSL merupakan salah sebuah perpustakaan yang besar, cantik dan selesa di ukm. Dari luar sahaja sudah nampak keunikan bangunannya dan masuk sahaja ke ruang legar ptsl terdapat sebuah cafe yang bernama BOOKWORM. Saya sangat gemar untuk ke cafe tersebut kerana makanan nya yang sangat sedap antaranya oden. Masuk di kawasan perpustakaan saya sangat teruja dengan kebesaran ptsl ini . Saya juga teruja dengan ribuan buku yang terdapat di dalam perpustakaan ini. Kemudahan akses wifi juga sangat luas dan kelajuan yang maksimum. Ini menyebabkan pelajar gemar untuk membuat kerja dan mengulangkaji di ptsl.




Comments

Popular posts from this blog

MINGGU PERTAMA DI UKM ( SARAH AYU )

MINGGU PERTAMA DI UKM ( AISYAH )

MINGGU PERTAMA DI UKM ( DANISH AQIL )